Wednesday, 28 March 2012

28 march 2012

harga segelas susu...

seorang budak lelaki miskin berjalan menuju ke rumah untuk menjaja kerepek yang di usahakan oleh ibunya.menjelang tengah hari,dia sudah berasa lapar,namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualan nya.bagi menghilangkan rasa lapar,dia berhajat meminta segelas air dari rumah yang berdekatan.
"kakak,boleh berikan saya segelas air..?"di renung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
"tunggu sebentar ya..."seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangan nya.budak itu terus minum tanpa berlengah.
"berapa ya saya berhutang dengan kakak..?"katanya sambil menyeluk saku poketnya. "tak perlu bayar." "tetapi saya hanya minta air kosong.emak saya ajar,jangan ambil apa-apa daripada orang tanpa bayaran." "kalau begitu bayarlah dengan ucapan 'alhamdulillah' dan terima kasih." "okey,alhamdulillah.terima kasih kakak..!" budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepeknya.entah bagaimana,dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.bukan semata-mata kerana segelas susu itu,malah lebih daripada itu,kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak di kenalinya.
beberapa tahun berlalu,wanita tersebut di serang penyakit serius.dia dirawat di hospital bandar tersebut,dengan kelolaan doktor pakar.
rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah di berikan segelas susu kepadanya suatu waktu dahulu.si doktor masih mengenali wajah wanita itu walaupun sudah berusia.doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh.malah bil hospital pun di tanggungnya.setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya,tiba kepadanya bil hospital.di atas bil itu tertulis: "bil ini telah di jelaskan dengan segelas susu.alhamdulillah dan terima kasih..Dr.muhammad"

pengajaran...
walaupun kecil bantuan yang di hulurkan namun di sertai dengan ikhlas,impaknya tidak terjangkau imaginasi kita.hakikat bantuan Allah sering ada di mana-mana,dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang di sampaikan  melalui perantaraan orang berada berdekatan dengan kita.

No comments:

Post a Comment