Cerita 1 : KISAH
SENYUMAN SEORANG PRAMUGARI
“terima
kasih encik.selamat berehat!” pramugari tersenyum lebar di pintu luar pesawat.
Setiap seorang penumpang di
bekalkan dengan senyuman manis mereka tetapi saya sering memikirkan sesuatu
mengenainya.para pramugari ini sentiasa senyum kepada penumpang,apakah mereka juga
murah senyuman di rumah masing-masing?apakah pemergian suami ke tempat kerja
juga mereka iringkan dengan senyuman yang sama?atau senyuman itu tidak lebih
datipada sekadar etika kerja?
Sama jugalah dengan cleaner yang
membersihkan lantai tandas dia bekerja hingga licin menciutkan,apakah tandas di
rumahnya juga di bersihkan dengan kesungguhan yang sama? Atau tahap kebersihan
yang dijayakannya itu hanya sekadar tuntutan kerja dan bukannya kerana iman?
Contoh ini sering saya gunakan
dalam ceramah,tatkala membezakan antara etika kerja,budaya,moral dan akhlak
dalam tingkah laku manusia.
“senyum
itu sedekah.” Mungkin hanya benar-benar jadi sedekah apabila ia terbit daripada
iman bukan sekadar memenuhi kepuasan pelanggan.
No comments:
Post a Comment