IBRAH SAMBAL
BELACAN
“isk,isk
pedasnya..! taubat aku tak mahu makan dah sambal belacan!” seorang teman dari
Kelantan meneguk bergelas-gelas air kerana cuba menghilangkan kepedasan sambal
belacan saya.
Sudah
di pesan,jika mahu dihilangkan kepedasan itu,elok minum air suam berbanding air
sejuk.tetapi beliau enggan mengikut petua saya.
Lucu
melihatnya.
Taubat
tidak mahu lagi menjamah sambal belacan.namun disebabkan oleh
kesedapannya,nanti jamah lagi.akhirnya timbul istilah TAUBAT SAMBAL BELACAN.
“dan
Aku bersumpah dengan nama ‘nafsu Lawwaamah’ (bahawa kamu akan dibangkitkan
sesudah mati)!” (Al-Qiyaamah : 2 )
Nafsu
Lawwaamah itu adalah nafsu manusia yang sering menyesal.dirinya sedar tentang
buruknya dosa dan beratnya murka Allah terhadapnya,tetapi sesalan itu tidak
kuat untuk mencegah dirinya daripada mengulangi kesalahan yang sama.
Sudah
tahu salah,tapi masih juga di buat.kemudian menyesal.tidak mahu lagi mengulanginya.tetapi
belum hilang panasnya dosa,di ulang kembali salah yang sama.
Taubat
Lawwaamah itu adalah taubat sambal belacan.sudah tahu pedas dan derita akibat
menjamah,masih di layan kerana rasanya sedap.
Justeru,bermujahadahlah
sekalian kita yang bernafsu Lawwaamah
agar beransur baik menuju Mulhamah dan
seterusnya Mutmainnah.
Jangan kecewa daripada
bertaubat,kerana mungkin kamu mati dalam perjalanan menuju taubat yang
seterusnya.
No comments:
Post a Comment